fb fb fb fb fb

KPDN Pulau Pinang serbu rumah simpan pelbagai barangan kawalan

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan (kiri) menunjukkan pelbagai barangan kawalan yang dirampas / FOTO RTM

SEBERANG JAYA, 25 September- Pelbagai barangan kawalan seperti tepung, gula dan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerusi serbuan yang dijalankan di sebuah premis kediaman tidak berlesen di Seberang Jaya, pagi tadi.

Pengarahnya, S. Jegan berkata jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM5,000.
 
Hasil siasatan mendapati premis tersebut menyimpan barang kawalan bersubsidi di tempat tidak dilesenkan.

"Sebanyak 986 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi polibeg 1kg pelbagai jenama, 84 kg minyak botol pelbagai jenama, 372 kilogram gula pasir kasar 1kg pelbagai jenama dan 141.2 kg tepung gandum pelbagai jenama disita untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Beliau berkata demikian di Seberang Jaya, petang tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegas beliau, ketika ini pihaknya sedang giat menjalankan pemantaun sekitar negeri itu bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE