fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat didakwa salah guna wang PERKESO

(foto hiasan)

BUTTERWORTH, 25 September - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna wang bantuan Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM32,000, pada tahun 2021 dan 2022.

Koay Chin Eng, 63, didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk dirinya sendiri, iaitu wang berjumlah RM21,500 pada 2 September 2021 di RHB Bank Berhad Cawangan Sg Bakap.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan wang sebanyak RM10,500 pada 24 Feb 2022, di bank yang sama.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

8 November ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, bagi setiap pertuduhan.

Koay juga dikenakan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM yang berdekatan.

Trainee