fb fb fb fb fb

Pusat latihan NOSS jadi rujukan bangunkan kurikulum TVET

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 6 November -Sebanyak 2,072 pusat latihan berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dibangunkan setakat ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata Ia bagi memenuhi permintaan dan kehendak industri, sekali gus menjadi rujukan utama kepada institusi latihan kemahiran.

"Melalui Industri 'Lead Body' ini, pakar-pakar dan pengamal industri memberikan input dan terlibat secara langsung bermula dari peringkat awal pembangunan NOSS yang seterusnya digunakan sebagai standard rujukan dalam membangunkan kurikulum program TVET.

"Penglibatan Industry Lead Body dalam penggubalan dan penambahbaikan NOSS merupakan salah satu mekanisme untuk memperoleh input daripada pihak industri agar isu ketidakpadanan dapat diminimumkan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai usaha menangani ketidakpadanan kemahiran bagi sumber kerja.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD