fb fb fb fb fb

Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia dapat perakuan INTERPOL

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 November- Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia diperakui Polis Antarabangsa (INTERPOL) sebagai penyumbang utama kepada pembangunan INTERPOL Guidelines for Seizing Virtual Asset.

CyberSecurity Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia kaedah komprehensif bagi melaksanakan penyiasatan aset maya, termasuk mata wang kripto kepada pegawai penyiasat dan pakar perundangan daripada 194 negara anggotanya.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadzil, ia satu pencapaian yang amat membanggakan.

Perakuan INTERPOL merupakan pengiktirafan kecekapan pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia.

Keupayaan pakar berkenaan terbukti berjaya menghasilkan penyelesaian inovatif dalam menangani serta membanteras ancaman dan jenayah siber negara.

Pengiktirafan juga melonjakkan nama negara ke persada dunia teknologi digital yang kian mencabar pada masa ini.

Garis panduan tersebut dilancarkan pada Persidangan Penguatkuasaan Undang-undang Forum Teknologi Baharu INTERPOL ke-2, yang dirasmikan oleh Menteri Kehakiman Negeri Bavaria pada 12 Oktober lalu di Nuremberg, Jerman.

Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia diketuai Sarah Khadijah Taylor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE