fb fb fb fb fb

Isu Palestin: Perbincangan bersama pemimpin dunia Arab perlu dibuat segera- PM

Datuk Seri Anwar hadir pada Perjumpaan Bulanan November bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya /BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan bersama pemimpin dunia Arab perlu diadakan segera bagi membolehkan nasib rakyat Palestin terbela.

"Kita telah menghubungi pemimpin dunia arab, Turkiye, Iran untuk mengadakan perbincangan dalam kalangan kepala negara. Saya pada mulanya usulkan jangan hanya dalam kalangan pemimpin Islam, kerana Brazil, Ireland, Rusia, Cina ada pendekatan lebih lunak, begitu juga Bolivia dengan pendirian untuk mempertahankan hak kemanusiaan, tetapi bila berbincang dengan pemimpin, belum ada konsensus untuk membawa negara luar Islam.

"Jadi keputusan sekarang ini yang kita bincang dengan Mohamad bin Salman dan Presiden Erdogan itu adalah untuk mengadakan dalam tempoh segera mungkin dalam satu dua hari menetapkan beberapa tarikh mempertemukan pemimpin negara Islam,"katanya.

Beliau juga menyifatkan terdapat perkembangan positif berhubung isu Paletin dalam kalangan dunia Barat.

Ia terbukti apabila isu itu mula dibahaskan secara terbuka menerusi perhimpunan dan solidariti menggesa serangan di Palestin dihentikan.

Datuk Seri Anwar berucap pada Perjumpaan Bulanan November bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE