fb fb fb fb fb

350,000 pengunjung bakal memeriahkan HPPNK di Perak

FOTO Facebook Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia

IPOH, 6 November - Dijangkakan 350,000 pengunjung akan hadir pada sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Dzulfadli Johan berkata pihaknya juga menyasarkan transaksi melibatkan jualan, ikatan perniagaan dan memorandum iaitu sebanyak RM30 juta.

Bertemakan 'Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan', sambutan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Empat komponen utama diberi tumpuan iaitu Agro Millenia, AgroTeknologi dan Inovasi, Sejahtera Madani dan Agro Madani.

"Fokus utama kita adalah untuk mengetengahkan teknologi-teknologi baharu dan juga konsep- konsep baharu yang kita laksanakan dalam bidang pertanian. Sebagai contoh dahulu kita tanam secara konvensional, tanam di atas tanah kemudian kita berubah tanaman di dalam polibeg untuk sistem fertegasi, sekarang ini kita telah naik taraf sistem fertegasi menggunakan teknologi internet benda (IoT)," kata Dzulfadli kepda media selepas menjadi tetamu di Konti Perakfm.

Antara pengisian program ialah Lepaking Orang Muda , Sukan Belia, Showcase Teknovasi, Pemimpin Bersama Peladang dan Jualan Agro/Jualan Rahmah.

TETITIA YUSOFF