KUALA LUMPUR, 6 November - Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi perhatian terhadap lapan jenis komoditi makanan bagi meningkatkan keterjaminan dan mengurangkan kebergantungan import.
Timbalan Menteri Chan Foong Hin berkata, ia melibatkan beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, telur ayam atau itik, daging lembu, susu segar dan ikan makanan.
Kadar sara diri (SSR) bagi tahun 2022 untuk kesemua item berkenaan mencatatkan 108.9% bagi telur ayam atau itik, 90.2% ikan makanan serta 78 peratus% buah-buahan.
Sementara beras 62.6%, susu segar 57.3%), sayur-sayuran 44.7% dan daging lembu sebanyak 14.7%.
"Untuk menjawab matlamat itu realistik atau tidak, daripada lapan bahan utama saya sebutan itu, ada jurang dari sasaran sekarang adalah dekat seperti buah-buahan.
"Kita boleh mencapai dan ada juga yang jauh sikit seperti beras, ini agak realisitik, juga ada pelbagai daripada segi SSR kita semak semula kerana sasaran SSR adalah setiap lima tahun," kata Chan Foong Hin menjawab soalan Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai jenis produk makanan yang diberi tumpuan kementerian itu di Dewan Rakyat.