PUTRAJAYA, 6 November- Ketua Jabatan , Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha diminta meminitkan perbincangan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu wajar dilaksana bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan memperbaiki tatakelola sekali gus menangkis ketirisan dan pembaziran dana.
"Saya cadangkan KSN, semua Ketua Jabatan, KP KSU harus meminitkan perbincangan mengenai Laporan Audit Negara supaya dibincangkan laporan dan teguran audit negara.
"Kedua, secara khusus, menyinggung kedudukan jabatan supaya tidak diulangi masalah sama tahun depan", katanya ketika berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.
Hadir sama pada perjumpaan bulanan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.