fb fb fb fb fb

Pusat dialisis di setiap negeri, beri khidmat kesihatan kepada pencarum PERKESO

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

BAYAN LEPAS, 11 Mac- Pusat dialisis akan dibuka di setiap negeri dalam tempoh dua tahun bagi memberi khidmat perubatan kepada pencarum Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, golongan pekerja merupakan kumpulan tertinggi menghidap penyakit buah pinggang.

"Program saringan kesihatan bermula 2013, ketika itu 2013, antara yang disaring, lebih kurang 9 peratus, orang yang disaring didapati mempunyai penyakit diabetis, tetapi 10 tahun selepas itu, pada tahun 2023, jumlah orang yang disaring oleh PERKESO, yang didapati menghidap penyakit diabetis mencecah 20 peratus, 19.9 peratus. Jadi ini merupakan angka yang amat mendadak dan kita lihat perbelanjaan PERKESO untuk kes-kes dialisis juga meningkat lebih kurang 20 hingga 30 juta dalam masa dua, tiga tahun ini", katanya.

PERKESO merekodkan 19.9 peratus golongan pekerja menghidap penyakit diabetes.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam Program Pekerja Sihat dan Selamat serta Kempen Tolak Gula PERKESO 2024 di Jabil Circuit Sdn. Bhd.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

ROSLINA BINTI DIN