fb fb fb fb fb

Pusat Alat Ganti Serantau, Proton akan dibuka di Sarawak

KUALA LUMPUR, 25 November - Proton Holdings Bhd akan membuka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) baharu di Kuching, Sarawak, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, kemudahan seluas 28,000 kaki persegi itu akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti dan komponen selepas jualan.

Ia direka untuk memenuhi keperluan pengedar dan pelanggan selain mengurangkan masa menunggu untuk alat ganti bagi kedua-dua negeri.

RPC memiliki keupayaan untuk menyimpan stok sehingga tiga bulan dan menerima penghantaran terus alat ganti daripada vendor luar negara.

(RPC seluas 28,000 kaki persegi itu akan berfungsi 
sebagai pusat pengedaran alat ganti dan komponen selepas jualan)

Media Baharu