fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, 530 masih berada di PPS

IPOH, 25 November - Setakat pukul 10 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak ialah seramai 530 orang daripada 145 keluarga.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di empat daerah berbeza.
 
PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 140 penduduk daripada 35 keluarga. 
 
Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung pula menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.

(FOTO HIASAN)

Manakala 190  penduduk daripada 46 keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.
 
PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 18 penduduk daripada 7 keluarga. 

Media Baharu