fb fb fb fb fb

Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke-15, bersidang pada Disember

KUALA LUMPUR, 25 November - Kebuntuan politik yang akhirnya terungkai semalam nyata memudahkan tadbir urus negara pada hari mendatang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Kelima Belas bakal bersidang bulan depan bagi Perlaksanaan Mini Bajet 2023 yang perlu diluluskan sebelum penghujung tahun ini.

Ia bagi menjamin operasi kerajaan pada tahun hadapan yang akan diperincikan bersama Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Saya rasa perhatian terutama sekarang mini bajet mesti punyai sekurang mini bajet, jamin operasi negara berjalan lancar dari Januari. Buat sebelum tahun baharu..Insya-Allah saya akan duduk dengan PM bincang cara sesuai buka parlimen ke-15," kata Azhar di sini.

(Azhar bercakap kepada pemberita selepas menghadiri
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan
dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsiadi Istana Negara)

 

Media Baharu