fb fb fb fb fb

MOTAC sasar 15.6 juta pelancong untuk tahun hadapan

KUALA LUMPUR, 25 November - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Tourism Malaysia menyasarkan kemasukan 15.6 juta pelancong dengan RM120.4 bilion pendapatan pelancongan, tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian MOTAC, Datuk Saraya Arbi berkata pihaknya optimis mencapai sasaran ketibaan 9.2 juta pelancong tahun ini dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM90.5 bilion.

"Sasaran kita pada tahun ini adalah lebih kurang 9 juta..'im talking about foreign tourism' dengan pendapatan RM90.5 bilion, tetapi sehingga September kita telah capai.. pelancong yang datang adalah 5.5 juta," kata Saraya di sini,

Dalam perkembangan sama, MOTAC juga mungkin akan menganjurkan kembali Tahun 'Visit Malaysia' pada 2025 selepas ia dibatalkan pada 2020.

"Bagaimanapun ia sangat bergantung kepada apa yang berlaku pada masa akan datang, dan terkini 2025," katanya.

(Saraya ditemui media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022
dan Penyampaian Hadiah Tourism Malaysia Media Explore Race 2022)

Tourism Malaysia membawakan persembahan kabaret dan medley lagu kempen promosi Tourism Malaysia di bawah koordinasi Artis Tari Istana Budaya serta penampilan artis jemputan popular, Ernie Zakri dan Khai Bahar.

Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2022 yang melibatkan penyertaan 88 media tempatan dan antarabangsa, berlangsung sejauh lebih 300 kilometer dari Putrajaya ke Gopeng, Perak .

Kali terakhir Tourism Malaysia menganjurkan majlis penghargaan media ialah pada penghujung 2019.

Media Baharu