fb fb fb fb fb

Polis siasat kes hina azan di Manjung

(Polis siasat pemilik FB 'Jacky Chan')

MANJUNG, 25 November- Polis membuka kertas siasatan membabitkan kes penghinaan terhadap laungan azan di sebuah masjid di Manjung, Perak.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada pukul 5.45 petang, kelmarin.

Menurut beliau, pihak polis kini menyiasat pemilik akaun Facebook dikenali sebagai 'Jacky Chan' yang membuat perkongsian catatan tersebut.

"Perkongsian terbabit menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam. Perbuatan ini boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan di kalangan masyarakat.

(Tangkap layar FB 'Jacky Chan')

Media Baharu