fb fb fb fb fb

Johor cuti peristiwa Ahad ini, sempena aksi akhir Piala Malaysia

(FOTO FB ONN HAFIZ GHAZI)

JOHOR BAHRU, 25 November- Kerajaan Johor mengumumkan cuti peristiwa, Ahad ini, sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Johor Darul Takzim (JDT) menentang Selangor FC, esok.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti berkenaan juga bagi menghargai sokongan padu rakyat kepada skuad Harimau Selatan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan untuk meraikan kejayaan JDT mara ke perlawanan akhir selain menyatakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi inspirasi orang muda Johor dan sentiasa menyokong atlet-atlet negeri.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, cuti peristiwa itu untuk memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia serta memberi keselesaan kepada mereka merancang dan mengatur perjalanan supaya tidak tergesa-gesa dan selamat.

Pengisytiharan cuti tersebut selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).


(Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani)

Media Baharu