fb fb fb fb fb

Pulau Pinang terima RM1 juta pembiayaan biasiswa

GEORGE TOWN, 20 April- Sebanyak RM1 juta diterima Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pembiayaan biasiswa kerajaan negeri. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menerima peruntukan daripada Ancom Crop Care dan ia amat dialu-alukan bagi meningkatkan peruntukan biasiswa.

"Sudah tentu untuk masa depan Pulau Pinang, kita sentiasa mencari dana untuk menambah dana yang semakin susut. Jika tidak kerajaan perlu memasukkan dana tambah nilai kita sendiri. Jadi terima kasih atas inisiatif ini," katanya.

(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow)

Jelas beliau, biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga 3 yang dilahirkan di Pulau Pinang bagi semua pengajian kecuali perubatan dan pergigian dan boleh dimohon bermula 15 Mei ini.

Beliau ditemui media selepas pelancaran Ancom Crop Care Penang Scholarship Programme for Penang Students di sini.

Media Baharu