fb fb fb fb fb

OPS HRA: Padah guna telefon bimbit semasa memandu bas

ALOR SETAR, 20 April- Melalui aktiviti penguatkuasaan secara penyamaran yang dilakukan dalam perjalanan bas dari Alor Setar ke Butterworth, seorang pemandu bas telah dikesan melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit tanpa alat bantuan bebas tangan.

Kesalahan berkenaan dikesan oleh anggota Penguat Kuasa JPJ Negeri Kedah dan seterusnya telah mengeluarkan notis saman kepada pemandu bas terbabit.

“Tindakan pemandu terlibat boleh mengundang risiko berlakunya kemalangan jalan raya kerana tidak memberi tumpuan yang penuh ketika memandu," kata JPJ Kedah dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, JPJ Negeri Kedah menasihatkan semua pemandu kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan demi keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

(Foto fail)

Penumpang bas yang mengesan mana-mana pemandu bas melakukan sebarang kesalahan semasa memandu boleh menyalurkan maklumat aduan menerusi email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ataupun menggunakan aplikasi e-Aduan@JPJ.

Media Baharu