fb fb fb fb fb

NS galakkan pakai pelitup separuh muka semasa solat Aidilfitri

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 20 April-Kerajaan Negeri Sembilan menggalakkan orang ramai bagi memakai pelitup separuh muka dan membawa sejadah sendiri ketika meninaikan solat sunat Aidilfitri di mana-mana masjid dan surau di seluruh negeri ini pada 1 Syawal nanti.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya mengalu-alukan para jemaah yang ingin mengenakan pelitup separuh muka sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah bagi menjaga kesihatan di kalangan orang ramai.

"Kita belum wajibkan, tetapi pada siapa yang ingin menggunakan pelitup muka ataupun sejadah saya juga amat mengalu-alukan kerana Subuh tadi, ketika saya solat Qiam dan solat Subuh di Masjid Taman Tunku Jaafar, saya lihat warga-warga emas banyak yang menggunakan pelitup muka dan menggunakan sejadah masing-masing.

Jadi, saya rasa ini satu keprihatinan yang baik dari kalangan mereka untuk menjaga kesihatan mereka", katanya ditemui selepas melancarkan Majlis Perasmian Program Mantai Aidilfitri 2023 di Masjid Dato Klana Petra Lela, Sikamat.

Semalam, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menerusi satu kenyataan menggalakkan agar jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri memakai pelitup separuh muka.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu