fb fb fb fb fb

Pulau Pinang terima peruntukan lebih RM211 juta - KPKT

(FOTO BERNAMA)

GEORGE TOWN, 23 Jun - Lebih RM211 juta diperuntuk Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata peruntukan itu meliputi 41 projek termasuk projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM).

Beliau berkata, jumlah berkenaan merupakan yang terbesar pernah diberikan kepada Pulau Pinang melibatkan projek di bahagian pulau dan Seberang Perai.

(Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

"Kita membawa peruntukan PPR yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang iaitu sebanyak RM200 juta untuk membina lebih kurang seribu unit PPR.

"Di bawah skim Tabung Perumahan Penyelenggaran Perumahan Malaysia, jumlah RM9.62 juta telah disalurkan dan dimasukkan kedalam akaun kerja dan
peruntukan RM785,000 untuk sembilan lagi projek berskala kecil termasuk pembinaan 45 buah gerai untuk menjaga kebajikan penjaja," katanya kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih KPKT, di sini.

Tambah Kor Ming, peruntukan itu membuktikan layanan sama diberikan kepada semua negeri dan tidak wujud istilah di anak tirikan.

"Kerajaan Malaysia Madani akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan, akan dilaksanakan dengan secara berkesan," katanya.

Media Baharu