fb fb fb fb fb

Pulau Pinang kemuka nama calon TYT baharu

Chow Kon Yeow/ BERNAMA

GEORGE TOWN, 19 Mac- Kerajaan Pulau Pinang telah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Perkara itu untuk memperoleh pertimbangan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, senarai itu dikemukakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang, namun beliau enggan mengulas lanjut berkenaan calon berkenaan.

"Sama ada lanjutan perlu proses sama, kalau tiada lanjutan satu pelantikan baru perlu dibuat. Saya minta kita sabar ini adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan pada masa Sesuai pengumuman akan dibuat berhubung perkara ini.

"Saya memilih tidak menyentuh perkara bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong," katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Komtar, di sini.

Terdahulu, media melaporkan mengenai calon Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2021.

Tempoh penggal Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak akan tamat pada 30 April ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI