fb fb fb fb fb

Pulau Pinang anjur Program penanaman satu juta pokok dalam sehari sempena hari bumi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) / FOTO RTM

GEORGETOWN, 22 Januari - Pulau Pinang akan menganjurkan Program penanaman satu juta pokok dalam sehari yang pertama di negara ini bersempena Hari Bumi yang akan diadakan pada 22 April depan.

Program tersebut bakal melibatkan pelbagai komuniti terdiri daripada sektor kerajaan, badan korporat, dan sukarelawan.

Program berkenaan yang diterajui Yayasan Amal Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri bermatlamat mewujudkan penjagaan alam sekitar yang berkekalan di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata program berkenaan merupakan cetusan idea yang berani dan mampu memberi inspirasi kepada negara khususnya membabitkan alam sekitar.

" Saya berasakan program ini merupakan satu idea yang amat berani.

'Sebab tidak pernah satu projek alam sekitar yang menggemblengkan tenaga rakyat demi mencapai hasil yang menakjubkan.

"Jadi ini merupakan satu projek yang boleh menginspirasikan seluruh negara", kata Kon Yeow dalam sidang media selepas majlis pelancaran Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari di sini.

Program berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD