KUALA LUMPUR, 22 Januari - Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat-peringkat
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Inisiatif itu ditambah baik dengan peruntukannya melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding RM130 juta tahun lalu.
Ini sekali gus membolehkan penerima SARA ditambah kepada 700,000 orang.
Jumlah bantuan juga dinaikkan sekali ganda sehingga RM1,200 berbanding tahun lepas.
Jelas Perdana Menteri, penambahbaikan SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani jurang kekayaan.
Bantuan SARA akan disalur secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas yang tiada pasangan.
Manakala RM50 sebulan untuk golongan yang bujang