KUALA LUMPUR, 23 Januari- Johor masih merekodkan situasi banjir dengan kekal mencatatkan 19 penduduk, setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Menurut Portal InfoBencana JKM, kesemua mereka yang melibatkan lima keluarga itu berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat.
Ia membabitkan pembukaan PPS Balairaya Gemereh IV di Batu Badak.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); dan Terengganu sehingga esok.