KUALA LUMPUR, 22 Januari- Sebanyak 23 laluan dan jalan di sekitar pusat bandaraya akan ditutup esok sehingga 26 Januari bagi memberi laluan kepada perarakan kereta kuda sempena sambutan Thaipusam kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Perarakan pedati akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H. S. Lee pada 23 Januari pukul 9.00 malam, dan dijangka selesai di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor pada 24 Januari, sekitar pukul 4.00 petang.
"Jalan Sultan kita akan tutup pukul 5.00 petang, yang dekat dengan kuil kita akan tutup pukul 5.00 petang. Jadi ini untuk pengguna jalan raya untuk bergerak balik.
"Jadi boleh pilih jalan-jalan tetapkan sehingga perarakan selesai pada 26 hari bulan nanti. Penutupan bermula esok," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di ibu negara.
Antara jalan yang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat ialah Jalan Tun H.S Lee; Jalan Sultan; Jalan Tan Cheng Lock; Jalan Pudu; Jalan Tun Perak; Jln Leboh Ampang; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Dang Wangidan Jalan Raja Laut.
Selain itu Jalan Belia; Jalan Sri Amar; Jalan Raja Laut; Jalan Sultan Azlan Shah; Jalan Tun Razak; U Turn; Jalan Tun Razak; Jalan Perhentian; Jalan Sultan Sultan Azlan Shah; Jalan Ipoh Lama (Batu Lima); Jalan Ipoh ( KL ) Menuju Bulatan Bt Caves (Jalan Salah daripada MRR2); susur dari MRR2dan Batu Caves.
Bagaimanapun Allaudeen menasihatkan penduduk dan pengguna jalan raya di ibu negara untuk mengelak daripada menggunakan laluan berkenaan yang terlibat dengan perarakan.
Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas berkenaan Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dirancang diadakan di Istana Negara esok, Allaudeen berkata pihaknya akan mengatur gerak anggota polis yang secukupnya.