MELAKA, 27 April- Persatuan Teknologi Malaysia (PTM) komited mengadakan pelbagai kerjasama bagi memperkasa serta menarik minat lebih ramai pelajar mendalami bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Presidennya, Ts Tung Chee Kuan berkata, pihaknya juga mengadakan kerjasama secara holistik di setiap negeri dengan turun ke lapangan bersama pemain industri bagi perkongsian inovasi kemajuan teknologi di negara ini.
Katanya, teknologis profesional dan juruteknik juga memainkan peranan dilapangan apabila berkongsi pengalaman dalam meningkatkan peratusan bilang pelajara STEM dari masa ke semasa.
"Sekarang politeknik dan kolej komuniti memang banyak guna STEM, tetapi hanya pelajar yang kurang kerana kurang minat jadi di sinilah saya rasa kita boleh mainkan peranan untuk mempromosikan STEM supaya selepas ini lebih ramai yang akan menyertai kursus membabitkan bidang itu sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan negara,"katanya.
Beliau ditemui pada Persidangan Teknologi Lestari Dan Inovasi Ke Arah Masa Depan di Bandaraya Melaka.
Setakat ini, persatuan itu mempunyai hampir 10,000 keahlian daripada ahli teknologis daripada pelbagai kategori.