fb fb fb fb fb

PRU15, tunggu sehingga tahap kesihatan awam lebih stabil - KJ

SENAWANG, 13 Mac- Keadaan kesihatan awam perlu stabil terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan endemik tidak bermaksud pandemik sudah tamat kerana semua pihak masih perlu berhati-hati.

"Dari sudut kesihatan awam, saya nampak boleh kita tunggu sehingga keadaan bertambah stabil. Jangan kita mengundang benda tidak perlu diadakan kerana semata-mata politik. Yang lebih penting kita nak pulihkan negara. Saya rasa bagi peluang keadaan bertambah stabil," kata Khairy ketika ditemui pada Program Khidmat Komuniti sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022, di sini.


(Sesi pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang awam yang hadir sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 yang berlangsung di perkarangan Mydin Senawang hari ini)

Beliau turut berpandangan, belum ada keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan kerana situasi itu berbeza dengan PRU Dewan Negeri Johor.

Terdahulu media melaporkan, laungan bubar Parlimen bersahutan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya di negeri itu.

Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022, Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Sembilan menganjurkan program pemeriksaan kesihatan di perkarangan Mydin Senawang serta demonstrasi bantuan pernafasan kepada orang awam.

 

Media Baharu