fb fb fb fb fb

KKM dan SPR cari mekanisme untuk individu positif COVID-19 tunaikan tanggungjawab mengundi kelak

SENAWANG, 13 Mac- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mencari mekanisme yang membolehkan pesakit COVID-19 mengundi dalam pilihan raya.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perkara tersebut perlu dibincangkan supaya hak mereka tidak dinafikan dan dalam masa sama mereka tidak memudaratkan pula individu lain ketika mengundi.

Tambahnya, memang ada banyak cara boleh dilakukan, namun ia mencabar untuk dilaksana.

"Kalau buat Pilihan Raya Umum (PRU) pun, masih ada yg positif COVID-19. Cuma kita kena fikir macam mana kita nak benarkan mereka yang ada infeksi ini untuk mengundi. Itu satu cabaran la. Oleh sebab itu, saya akan bincang dengan SPR ada atau tidak satu mekanisme yang selamat yang boleh diwujudkan nanti," katanya selepas merasmikan Program Khidmat Komuniti Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, di sini.

(Orang awam hadir memeriahkan Program Khidmat Komuniti Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 yang diadakan di Mydin Senawang hari ini)

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan sebanyak 54 kompaun membabitkan perlanggaran SOP sepanjang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor yang berakhir semalam.

Media Baharu