fb fb fb fb fb

Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida

PEDU, 13 Mac - Kira-kira 400,000 hektar atau 40% daripada keseluruhan ladang getah yang diusahakan pekebun kecil seluruh negara didapati tidak aktif atau tidak menghasilkan pengeluaran getah secara konsisten.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil diseluruh negara.

(Datuk Zuraida ketika sidng media selepas perasmian majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah)

Justeru itu beliau menyarankan koperasi-koperasi getah mengenal pasti kawasan serta mengambil alih dan menguruskan ladang-ladang terbiar.

Sekiranya keluasan ladang-ladang getah tersebut dapat diuruskan dengan cekap, ia mampu mengeluarkan getah dengan nilai eksport RM30 billion setahun.

“Antara punca ladang-ladang getah ini tidak aktif atau pengeluaran tidak konsisten adalah disebabkan tiada orang menoreh, pekebun kecil yang telah berusia dan tiada orang nak menguruskan ladang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET) di sini hari ini.

Projek Tranformasi Perusahaan Getah merupakan antara salah satu usaha pihak Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi meningkatkan penglibatan pekebun-pekebun kecil meneroka peluang baharu dalam rantaian pengeluaran getah.

Media Baharu