fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak terburu-buru adakan PRU15 - PM

(FOTO BERNAMA)

BERA, 13 Mac- Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk mengadakan PRU15 dan ia bergantung kepada penelitian yang dibuat dengan mengambil kira semua pendapat.

“Saya dah sebut beberapa kali dalam ucapan saya sewaktu perjumpaan dengan UMNO iaitu apabila kita sudah bersedia dan pilihan raya boleh diadakan tapi perlu bersedialah. Soal bersedia atau tak bersedia, itu nanti biar kepimpinan UMNO, kita akan bincangkan sama sama kita," kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar selepas Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap dalam Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Bera, Pahang hari ini/BERNAMA)

Sementara itu beliau berkata, keputusan PRU Dewan Negeri Johor perlu diterima semua masyarakat dan kerajaan yang telah dipilih perlu disokong demi keluarga besar Malaysia untuk bersama-sama bangunkan negara.

“Saya harap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama masyarakat rakyat di Johor, seperti yang kita kata, kita perlukan kerajaan yang stabil untuk membangunkan negeri Johor."

"Semua pihak menang atau kalah kita perlulah menyokong kerajaan negeri Johor ini untuk membangunkan negeri Johor bagi kepentingan rakyatnya.”

Media Baharu