fb fb fb fb fb

PRU15: Penamaan calon ditutup

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 5 November- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di 222 pusat penamaan calon seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10.00 pagi.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, pada 18 November.

Satu sidang media dijangka diadakan pada pukul 12.00 tengah hari ini oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.

Hari pengundian PRU15 telah ditetapkan oleh SPR pada 19 November ini, manakala pengundian awal pada 15 November.

(Penyokong parti BN di Marang berada 50 meter daripada kawasan penamaan calon)

Media Baharu