fb fb fb fb fb

PRU15: Mohamad Hasan berdepan empat pencabar di parlimen Rembau

(Lima penjuru bagi parlimen Rembau)

REMBAU, 5 November- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding buat pertama kali bagi kerusi parlimen bakal menghadapi saingan sengit apabila empat pencabar lain turut mengemukakan pencalonan masing-masing.

Mohd Nazree Mohd Yunus mewakili Perikatan Nasional (PN), Jufitri Johar daripada Pakatan Harapan (PH), S.Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ramly Awaluddin, mewakili Gerakan Tanah Air (GTA-Pejuang).

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tujuan PRU-15 diadakan adalah bagi memilih kerajaan yang stabil dan ia dipilih sendiri oleh rakyat.

"Kita tidak mahu mengusik sesiapa yang pentingnya mandat yang diberikan oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan mestilah mantap dan stabil," beliau berkata demikian selepas proses penamaan calon di Rembau.

Beliau berharap agar proses berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjalan lancar. 

Pada PRU14, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang mewakili BN, menang kerusi itu dengan majoriti 4,364 undi.

Berdasarkan rekod SPR, terdapat seramai 133,461 pemilih berdaftar di Parlimen Rembau.

Parlimen Rembau membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota, Chembong, Rantau dan Paroi.

(Mohamad Hasan menghantar dokumen pencalonan di PPC Rembau)

Media Baharu