fb fb fb fb fb

PRU15: Belia perlu cakna dalam memilih calon

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Mengundi adalah tanggungjawab patriotisme setiap warganegara Malaysia yang layak.

Justeru, kesedaran golongan belia untuk melibatkan diri dalam pembentukan sistem demokrasi amat signifikan dalam menentukan pemimpin yanag bakal mentadbir negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Azman Ayob menegaskan belia perlu mengambil peluang ini dalam memastikan PRU-15 menjadi medan memuktamadkan pilihan terbaik yang berintegriti dan mengutamakan agenda rakyat.

"Rakyat kita kena ada kesedaran memilih calon yang sesuai. Mereka perlu tahu apa kriteria calon. Kalau kita lihat dalam konteks politik Islam, dia menekankan kriteria calon itu adalah calon yang ada integriti serta yang boleh memperjuang hak rakyat selain ada potensi.

"Setiap rakyat ada kecenderungan politik masing-masing tetapi tidak boleh keterlaluan. Rakyat kita kena ada kesedaran mengundi kerana ini adalah tanggungjawab. Ini adalah salah satu bentuk bantuan yang mesti dibuat kepada negara," kata Dr. Azman kepada RTM ketika menjadi tetamu menerusi program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.


(Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Azman Ayob)

Beliau menegaskan pengundi belia perlu terus didedahkan dengan kepentingan mengundi dan dibentuk dengan acuan politik yang matang.

Media Baharu