fb fb fb fb fb

Sidang Komander Askar Wataniah siri 33/2022 berjaya dilaksana

PAUH, 30 Oktober-Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke 33/2022 yang dikoordinasikan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan diiringi sama Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail.

Dalam ucapan pembukaan beliau, Datuk Seri Mohammad berharap semoga Askar Wataniah akan terus relevan seiring dengan perkembangan Tentera Darat Malaysia berdasarkan Pelan Pembangunan Jangka Panjang Tentera Darat iaitu ‘Army For Next Generation (ARMY 4NEXTG) dan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2023.


(Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke 33/2022 berlangsung 
Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra)

Antara komander-komander yang terlibat ialah Komander Rejimen 504, Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Komander Rejimen 513, Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Selain itu, Komander Rejimen 508, Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Komander Rejimen 512, Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Komander Rejimen 505, Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketika di UniMAP para komander dipersembahkan dengan persembahan tarian perang oleh anggota-anggota kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Tentera Darat UniMAP, lawatan ke Galeri DiRaja Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin dan persembahan kesenian oleh Pusat Kebudayaan UniMAP dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti serta mengunjungi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP

Media Baharu