fb fb fb fb fb

PDRM kenal pasti kawasan panas menjelang PRU ke-15

Foto Fail

MUAR, 30 Oktober- Kurang daripada 100 kawasan panas atau 'hotspot' bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Semua kawasan yang dikenal pasti adalah menerusi risikan-risikan PDRM, melibatkan kempen dan sentimen emosi parti-parti bertanding.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penugasan sewajarnya sudah dibuat sebagai usaha meredakan ‘suhu’ apabila tempoh kempen bermula selepas penamaan calon 5 November ini.

Masyarakat yang terlibat kempen juga dinasihat berkempen secara berhemah dan tertib dengan mematuhi batas-batas peraturan ditetapkan.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam kempen sedia maklum perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dan tidak boleh lakukan.

Ini bagi memastikan situasi ketenteraman dapat dipelihara. Jadi, kita pun sedia maklum telah lihat contoh-contoh di luar negara bila ketenteraman tidak terkawal bukan sahaja merugikan masyarakat bahkan jadi tragedi," kata Acryl Sani kepada RTM selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Tiger Platoon Briged Tengah PGA, di sini.


(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyempurnakan acara pentauliahan menyemat Lencana
Tiger Platoon kepada peserta kursus asas yang berjaya)

35 peserta termasuk seorang Pegawai Kanan berjaya menamatkan latihan bagi Siri 1/2021 yang berlangsung pada 30 Oktober hingga 20 Disember 2021 manakala 50 peserta termasuk seorang Pegawai Kanan berjaya menamatkan siri 1/2022 yang diadakn bermula 11 September hingga 25 Oktober lepas.

Lebih 80,000 pegawai dan anggota PDRM akn ditugaskan sepanjang tempoh PRU15, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi.

Media Baharu