fb fb fb fb fb

Pangkalan Maritim Malaysia Semporna, dijangka siap 1 Disember 2023

SEMPORNA, 30 Oktober- Pembinaan Pangkalan Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Semporna, kini 50 peratus siap.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Dr. Jamaluddin Mohd Ali berkata, projek pangkalan berkenaan yang terletak di kawasan Tampi-Tampi, mengalami kelewatan selama 12 bulan disebabkan beberapa isu berbangkit.

Antaranya, gangguan pembinaan laluan masuk ke kawasan berkenaan dan skop pe binaan jeti yang memerlukan kelulusan penilaian alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar Sabah.

Namun, isu berkenaan berjaya diselesaikan dan kini projek pembinaan sedang berjalan lancar.


(Ketua Pegawai Eksekutif, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),
Dr. Jamaluddin Mohd Ali) 

"Saya telah mengingatkan mereka sebab projek keselamatan dan siapnya projek ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat terutamanya di kawasan Semporna ini tentang keselamatan di sini", katanya kepada media semasa melawat projek berkenaan di Semporna.

Pembinaan Pangkalan Maritim Semporna yang bermula pada 30 Januari 2020 sepatutnya siap sepenuhnya pada 29 Januari 2022, namun berlaku kelewatan sehingga ke tarikh siap semasa pada 1 Disember 2023.

Pangkalan Maritim berkenaan yang menelan kos RM80 juta menempatkan bangunan pejabat dan jeti Maritim Malaysia.

Media Baharu