(Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Perak Youth Centre (PYC)
di Tambun/FB Ahmad Faizal Azumu)
IPOH, 30 Oktober- Pembinaan Pusat Belia Perak adalah sebahagian usaha memperkasa golongan belia dan generasi muda yang berpotensi, berfikiran maju dan berdaya saing.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembinaan fasiliti yang menelan belanja RM45 juta dibina di atas tanah berkeluasan 6.91 hektar dan dijangka siap pada 2025.
"Fasiliti yang ada di sini adalah fasiliti yang bertaraf antarabangsa, malah para atlet-atlet juga boleh menggunakan fasiliti yang ada di sini nanti", katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Perak Youth Centre di Tambun, Ipoh.
"Kita berharap dengan adanya fasiliti ini akan dapat membina pembangunan para belia di bandaraya Ipoh Parlimen Tambun dan seluruh negeri Perak, Insya-Alllah.
Tambahnya lagi, fasiliti itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, antaranya padang bola sepak sintetik, gelanggang sukan ekstrem, hab e-sukan dan gelanggang futsal berbumbung.
(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)