fb fb fb fb fb

143 penduduk terjejas banjir di Kedah

ALOR SETAR, 30 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di dua daerah iaitu Kubang Pasu dan Kota Setar adalah seramai 143 orang yang terdiri daripada 45 keluarga.

Menurut Laporan Harian Bencana Banjir Kedah Darulaman setakat 12.00 tengahari, seramai 69 orang daripada 21 keluarga masih ditempatkan di pusat pemidahan sementara (PPS) di SK Binjai di Kubang Pasu sejak dibuka pada Rabu lalu.

Manakala, seramai 72 orang daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti di Alor Setar.


(PPS Suka Menanti, Alor Setar)

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten Pertahanan Awam Norlizawati Ismail memaklumkan setakat ini, keadaan cuaca adalah baik serta tiada hujan berlaku.

Maklumat di laman sesawang Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatatkan bacaan 2.51 meter, telah melebihi paras amaran dengan trend menurun sebanyak 0.23 meter setakat 11.00 pagi tadi.

Manakala, paras Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar pula melebihi tahap waspada dengan bacaan 1.56 meter. Ini diikuti Sungai Pendang di Pekan Pendang juga berada pada tahap waspada dengan merekodkan bacaan 2.27 meter.

Media Baharu