KUALA KANGSAR, 30 Oktober- Selepas dua tahun tertangguh susulan penularan wabak COVID-19, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah kembali diadakan tahun ini di Dataran Pavillion, di sini.
Larian melibatkan penyertaan hampir 10,000 peserta.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin turut berkenan berangkat dan menyertai larian tersebut yang bermula pada pukul 6.45 pagi.
Ia diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut setiap hari Jumaat minggu pertama bulan November.
(Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta larian bagi kategori 15 dan 10 kilometer)
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan exco kerajaan negeri.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta larian bagi kategori 15 dan 10 kilometer.
Manakala pelepasan larian bagi kategori tetamu kehormat melibatkan jarak dua kilometer disempurnakan adinda sultan, Raja Datuk Seri Yong Sofia.