fb fb fb fb fb

PRU15: 7,343 pegawai, anggota polis digerakkan di Perak

IPOH, 28 Oktober- Polis Perak akan menggerakkan seramai 7,343 pegawai dan anggota sepanjang penugasan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa kawasan panas yang akan diberi tumpuan.

"Kita telah membuat persediaan dan juga bersedia menghadapi apa juga kemungkinan dan kawasan 'hotspot' ini mungkin kita akan menambahkan keanggotaan pegawai kita.

"Ini untuk memastikan kelancaran PRU tersebut berjalan dengan baik dan teratur mengikut peraturan undang-undang SPR dan PDRM," katanya.

(Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media program pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Mohd Yusri turut menasihati parti dan calon bertanding agar sentiasa mengingatkan penyokong mereka mengenai kepatuhan kepada peraturan ditetapkan.

Sekali gus mengelak sebarang provokasi yang boleh mendatangkan masalah.

Media Baharu