fb fb fb fb fb

PRU ke-15: Rakyat Malaysia di perantauan diseru sama-sama tunai tanggungjawab

SINGAPURA, 28 Oktober- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia di Singapura menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baginda bertitah rakyat Malaysia berhak untuk mengundi walaupun menetap di luar negara.

"Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan puan sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Walaupun jauh sikit tapi hati mesti dekat untuk tunaikan tanggunjawab tuan puan sebagai rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi. Jadi marilah kita sama-sama kita berdoa agar Malaysia dan Singapura serta rakyat kedua negara dilimpahi rahmat dan perlindungan daripadaAllah SWT," titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian dalam Majlis Santapan Malam bersama Rakyat Malaysia di Singapura.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan
menyampaikan titah pada Majlis Santapan Malam bersama Diaspora Malaysia di Singapura)

Media Baharu