KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Tindakan Yang Dipertua Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah mempersoalkan integriti Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku “My Story: Justice in the Wilderness" tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, diselar.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, persepsi buruk cuba ditonjolkan adalah tidak berasas kerana mereka enggan menyertai sesi konsultasi walaupun telah dijemput.
Metodologi, perkara yang diteliti dan pihak terlibat termasuk yang enggan memberi kerjasama dalam sesi konsultasi juga disenaraikan dalam laporan PPK.
Bermakna, PPK telah melaksanakan tanggungjawab secara terbuka dan tidak berpihak.
"Penubuhannya bagi mencari dan mengesahkan fakta serta melaksanakan analisis mendalam terhadap setiap pemerhatian sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.
"Penelitian dan dapatan adalah berdasarkan 19 sesi konsultasi bersama pelbagai pihak berkepentingan," katanya.
Senarai cadangan penambahbaikan turut dikemuka PPK dalam laporan bagi meningkatkan mutu sistem keadilan dan kehakiman di Malaysia.
(Datuk Seri Dr. Wan Junaidi berkata tindakan persoal integriti pasukan khas siasat buku
Tommy Thomas tidak wajar)