fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong kurnia S$15,000 kepada Pandu Puteri Singapura

(Foto Istana Negara)

SINGAPURA, 28 Oktober- Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak S$15,000 kepada Persatuan Pandu Puteri Singapura di sini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Presidennya, Dr. Seetha Subbiah di Guide House, Singapura.

Raja Permaisuri Agong bertitah agar Persatuan Pandu Puteri Singapura dan Malaysia terus bekerjasama menyumbang kepada masyarakat.

“Saya terlibat dalam Pandu Puteri lebih 50 tahun, saya pernah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden Pandu Puteri, jika Pandu Puteri bekerjasama akan membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat,” titah Tunku Azizah yang merupakan Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).

Dalam pada itu, Tunku Hajah Azizah berkenan melawat ibu pejabat persatuan dan meluangkan masa serta beramah mesra dengan ahli-ahli Pandu Puteri Singapura.

Turut hadir anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

(Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan
menyampaikan titah ketika mengadakan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri Singapura di
BishanStreet 14/Istana Negara)

Media Baharu