fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Lebih 9,600 pegawai, anggota tambahan dihantar ke enam negeri

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain/BERNAMA)

KOTA BHARU, 16 Julai- Lebih 9,600 pegawai dan anggota tambahan akan dihantar ke enam negeri yang terbabit dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) bulan depan bagi memastikan kelicinan proses pengundian berlangsung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penghantaran kesemua anggota berkenaan diselaraskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berdasarkan permohonan yang dibuat oleh kontinjen polis negeri terlibat.


(Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media selepas mendengar Taklimat Pilihan Raya Negeri Kelantan di IPK Kelantan/BERNAMA)

"Di sini tidak sampai 2,000, di Selangor juga tidak sampai 2,000, di Terangganu ada 2,048 yang di minta, kemudian di Penang 663, jumlah semuanya 9602", katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Kota Bharu.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sementara itu, Tan Sri Razarudin berkata semua kes berhubung kesalahan pilihan raya mesti diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

"Jangan cuba-cuba buat pasal, pihak polis tahu kali ini kita akan tuduh di mahkamah secepat yang mungkin. Mengenai siasatan-siasatan polis ini, siasatan kesalahan pilihan raya ini mesti diselesaikan dalam masa tujuh hari dan dihantar kepada timbalan pendakwa raya (DPP) negeri masing-masing atau daerah", katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis juga mewujudkan pasukan rondaan Op Cantas untuk melaksanakan rondaan sepanjang tempoh pilihan raya bagi memastikan kejadian yang tidak dingini berlaku.

Media Baharu