fb fb fb fb fb

PRU 15, medan terakhir politik - Tan Sri Muhyiddin

KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan bakal bertanding semula pada Pilihan Raya Umum PRU ke-15 nanti sekiranya ahli pucuk pimpinan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU masih inginkan khidmat beliau.

Selain mengulangi PRU akan datang juga menjadi medan terakhirnya dalam dunia politik negara.

Perkara tersebut dinyatakan secara spontan Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Pagoh itu pada Majlis Sesi Soal Jawab bersama Belia Negeri Terengganu, di Hotel Paya Bunga PB Square Kuala Terengganu.

Beliau menjawab soalan moderator majlis berkenaan, Ismail Adnan yang secara berseloroh bertanya mengenai status beliau pada pilihan raya akan datang ketika menghampiri penghujung sesi soal jawab yang berlangsung lebih satu jam.

Terdahulu Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara turut menjawab soalan berkaitan situasi politik negara oleh salah seorang peserta yang hadir.

Selain berkongsi perkembangan terkini, isu-isu dan usaha kerajaan berkaitan ekonomi melibatkan pelbagai sektor, pengangguran, dan kejayaan antivaksin selepas dua tahun negara dilanda virus pandemik COVID-19.


( Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Sesi Soal Jawab bersama Belia Negeri Terengganu)


Media Baharu