fb fb fb fb fb

Datuk Amir Danuri, Tokoh Maal Hijrah Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 30 Julai- Sambutan Maal Hiijrah di Johor disambut meriah dengan kehadiran lebih seribu hadirin berlangsung di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengajak Johor rakyat bersatu hati, mencontohi pengorbanan dan perjuangan rasulullah dan pejuang-pejuang Islam terdahulu dalam menegakkan syiar Islam.

Menurutnya lagi, semua masjid dan surau termasuk sekolah agama di negeri ini akan dipasang kemudahan internet jalur lebar dalam waktu terdekat bagi tujuan meningkatkan syiar Islam dan mendapatkan ilmu bermanfaat.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Sementara itu, Mantan Ketua Hakim Syarie Johor, Datuk Amir Danuri, 72 tahun diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1444 Hijrah Peringkat Negeri
Johor.

"Dalam usaha untuk kita memartabatkan agama Islam, yang saya tidak boleh lupa iaitu semasa pemisahan antara Mahkamah Syariah dari tahun 1985 daripada tiada apa-apa sehingga wujudnya Mahkamah Syariah sekarang ini," kata Amir.

Manakala tiga individu lain, Ramli Bandahara bagi kategori Pendidikan, Rahmas Abdullah kategori Penghayatan Al-Quran dan Datuk Mohd Rashidi Mohd Nor, Kategori Khidmat Masyarakat.


(Mantan Ketua Hakim Syarie Johor, Datuk Amir Danuri, Tokoh Maal Hijrah
sempena Sambutan Maal Hijrah 1444 Hijrah Peringkat Negeri Johor)


Media Baharu