fb fb fb fb fb

KSN tokoh Maal Hijrah Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat negeri Terengganu bagi tahun 1444H/2022M.

Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu menerima hadiah wang tunai RM20,000, piala, persalinan dan sijil penghargaan.

Dalam reaksinya, Mohd Zuki menyifatkan penganugerahan tersebut satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan baginya sebagai penjawat awam.

'Paling penting bagi saya ialah kita memahami erti kemakmuran dan juga mengamalkan konsep tasamuh, iaitu satu sikap yang perlu ada toleransi dan saling memahami terutama berlapang dada dalam aspek keagamaan, kemasyarakat dan juga kehidupan.

"Saya menyeru kepada semua penjawat awam kita hendaklah mengamalkan perpaduan, bagi saya perpaduan amat mustahak dalam kehidupan, dalam pelbagai masyarakat majmuk," katanya.

(Mohd Zuki Ali)

Anugerah disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut mengiringi baginda Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail.

Hadir sama Menteri Besar, Dato' Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam penganugerahan tersebut, seramai 15 tokoh turut menerima anugerah masing masing.

Ini termasuk Tokoh Dakwah, Tokoh Saudara Kita, Tokoh Keluarga Lengkap Mithali dan Masjid Kerajaan Terbaik.

Media Baharu