fb fb fb fb fb

16 rumah dilanda banjir kilat di Kuala Muda

KUALA MUDA, 30 Julai- Hujan lebat selama sejam pagi tadi menyebabkan 16 buah rumah di Kampung Sungai Toh Pawang Luar, Semeling, di sini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (Pertahanan Awam) Azahar Ahmad berkata kampung tersebut terletak di kawasan rendah dan berdekatan Sungai Bongkok menyebabkan mudah berlaku banjir.

Katanya tiada Pusat Pemindahan Sementara PPS dibuka.

Pihaknya menerima laparan kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi dan air surut menjelang tengah hari.

Sistem saliran yang kurang sempurna antara faktor penyumbang kejadian banjir tersebut.

(Keadaan kampung yang dilanda banjir kilat di Kuala Muda)

Media Baharu