KOTA KUALA MUDA, 11 Mei - Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) seliaan Jabatan Penjara Malaysia adalah diwujudkan bertujuan mendekatkan diri penghuni penjara bersama masyarakat.
Selain itu, mendidik mereka dengan pekerjaan dan pelbagai kursus termasuk tanaman, pertanian, projek ikan air tawar sebagai persediaan sebelum mereka bebas.
Pengarah Penjara negeri Kedah, Timbalan Komisioner Penjara, Abdul Kadir Ismail berkata melalui pemulihan tersebut penghuni yang ditempatkan di pusat itu merasa yakin tidak dipinggirkan.
"Sebab mereka keluar sudah ada pekerjaan, ada wang saku, ada gaji, jadi dia tidak balik kepada rakan-rakan dia yang lama, dan masyarakat sudah mula yakin.
"Kalau dulu bebas dari penjara, keluarga pun tidak mahu terima, hari keluarga dah merasa yakin sebab itu program ini kita lihat dia bersama dengan keluarga keluarga dan mulai yakin bahawa mereka ini sudah banyak berubah,"kata Abdul Kadir di sini.
(Abdul Kadir bercakap kepada RTM pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
di Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Sg Petani, Kedah)
Menurutnya, penilaian dilakukan terhadap banduan untuk ditempatkan di pusat ini adalah banduan yang mempunyai baki hukuman penjara tiga tahun kebawah.
Pusat yang wujudkan sejak dua tahun lalu telah berjaya mengeluarkan hampir ribuan banduan yang mempunyai keyakinan diri, tidak lagi mengulangi kesalahan malah mereka mampu berdikari hasil latihan kemahiran yang diberikan.