fb fb fb fb fb

Proton e.MAS 7, nama EV pertama Malaysia

Foto paultan.org

KUALA LUMPUR, 3 Ogos-Model sulung jenama kenderaan elektrik pertama Malaysia secara rasminya akan dikenali sebagai Proton e.MAS 7.

Menurut Proton Holdings Bhd, Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

SUV segmen C, e.MAS 7 menekankan komitmen Proton terhadap agenda kenderaan elektrik kerajaan yang menyeru pembuat kereta nasional untuk memperkenalkan kenderaan elektrik menjelang 2025.

PRO-NET , anak syarikat Proton, menyasar untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7, dijangka akhir tahun ini.

PRO-NET turut mengembangkan rangkaian dengan jumlah keseluruhan 29 pengedar di seluruh negara.

Proton e.MAS 7 yang dibangunkan bersama Geely telah menjalani ujian untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD