fb fb fb fb fb

Protes Mana Kapal LCS: Kumpulan, individu terlibat dipanggil untuk siasatan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kumpulan atau individu yang terlibat dalam perhimpunan 'Protes Mana Kapal LCS' di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Ahad lepas, akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan semua pihak wajar mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada .

Jelas beliau, kertas siasatan akan dibuka sekiranya didapati melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang atau mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang keputusan.

"Yang pastinya mereka akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan polis di bawah Akta Perhimpunan Aman, bilangan yang telah dipanggil atau bilangan yang telah datang untuk memberi percakapan saya tidak dimaklumkan lagi setakat ini.

"Namun proses itu sedang berjalan dan kita akan seberapa segera menyiapkan kertas siasatan ini untuk kita rujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

(Datuk Azmi Abu Kassim)

Beliau bercakap kepada media selepas majlis memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini hari ini.

Media Baharu